Love Pictures, Images and Photos
love quote Pictures, Images and Photos

Saturday, November 7, 2009

Memori Semalam.

Tanah airku,
Berdiri megah mengukir nama di persada dunia,
Rebahnya bangun sendiri,
Tidak pernah mengenal erti penat dan jemu,
Setiap yang berjaya pasti mempunyai masa silam,
Setiap yang maju pasti menyimpan seribu kenangan,
Agar menjadi pedoman di masa hadapan.

Tanah ini pernah menangis,
Tanah ini pernah meraung,
Tanah ini pernah meratap,
Tangisan anak-anak kecil menangisi kezaliman kuasa asing,
Raungan insan-insan lemah tidak berdaya,
Ratapan hiba bergema di bumi melayu.

Demi pertiwi,
Biar putih tulang jangan putih mata,
Tidak pernah dipedulikan badai yang bakal menimpa,
Tidak pernah dipedulikan nyawa yang bakal tergadai,
Diabaikan rasa takut yang bersarang di hati,
Bangkit bersama menentang penjajah durjana,
Membawa sejuta harapan yang menggunung.



Wahai bangsaku,
Jangan butakan matamu,
Jangan tulikan telingamu,
Celiklah matamu luas-luas,
Pandanglah ke hadapan,
Majulah selangkah demi selangkah,
Menuju sinaran abadi.
Cinta Sejati.
Tatkala aku jauh membawa diri,
Baru kini aku sedari,
Betapa diri ini jauh dari Ilahi,
Kasih dan cinta yang patut aku kecapi.
Tonggak Iman mudah goyah,
Menjaganya tidak mudah tetapi payah,
Mampukah diri ini hanya berserah,
Agar cintaku mekar dan indah.
Jika aku jatuh cinta,
Cintailah aku kepada rahmatMu,
Jika aku berduka,
Bantulah aku sebagai hambaMu.
Jangan kau biarkan cinta ini,
Hanyut dibawa arus duniawi,
Kerana aku ini,
Baru mencari erti diri,
Bersama cinta sejati.
Am I Alone?
I get a funny feeling,
It comes from deep inside.
I get all mad and angry,
Wanting to go and hide.
My doctor calls it depression,
My dad says it’s just me.
But the thoughts and feelings,
No one will ever be able to see.
Some say I’m sick,
Some say I’m just weird.
It’s like I’m different person,
And the old me just disappeared.
I get really edgy,
I want to commit suicide real bad.
Then I get a headache,
Followed by feeling sad.
I wish I could get help,
I wish it would go away.
Maybe if I keep praying real hard,
It will some day.