Love Pictures, Images and Photos
love quote Pictures, Images and Photos

Tuesday, December 1, 2009

loVe iS WaItInG

Januari 2000"Assalamualaikum..tempat ni kosong tak?"Aku mendongak untuk melihat empunya suara sumbang yang telah menggangu kerja ‘part time’ aku,berkhayal.Kacau betul la mamat ni.Tak boleh tengok orang senang."Waalaikumusalam..rasanya tak ada."Budi bahasa budaya kita.Aku menjawab dengan hati separuh ikhlas.Kalau boleh aku tak mau duduk bersebelahan dengan pelajar lelaki.Leceh."Kalau macam tu,boleh saya duduk sebelah awak?""Erm..silakanlah."Dengan berat hati aku memberi izin.Bermula dari detik itu,terjalinlah persahabatan yang tak rasmi antara kami.Nazeem Asyraf.Nama yang cukup cantik tapi tidak secantik peribadi tuannya.Permulaan perkenalan kami memang amatlah sopan tetapi setelah lama berkawan,si dia mula menunjukkan belang.Nazeem Asyraf.Seorang lelaki yang sangat menyakitkan hati.Tiap-tiap hari yang aku lalui di sekolah tidak akan sempurna tanpa perang mulut antara kami.Namun,aku tau dia seorang yang baik hati.Kenakalannya mencari masalah denganku hanyalah untuk menceriakan hari-hari kami di sekolah yang membosankan."Woi Najwa !""Uhuk..Hoi kau tak reti bagi salam ke hah?!Kalau aku ada cardiac disease da lama kena bungkus ngan kain kapan tau.Kau nak ape?Sehari tak kacau hidup aku tak boleh ke?!"Kurang ajar punya Nazeem.Tersedak aku dibuatnya.Sergah aku masa aku tengah makan.Kalau tercekik tulang ikan ni tak ke jadi arwah aku yang cun ni.Ahaks perasan pulak."Alah kalau aku tak kacau kau nanti kau jugak yang merindu.Hehe."Eklah sengih sumbing pulak dia.Nasib baik handsome.Opss!Malu aku kalau dia tau aku puji dia.Mamat ni tahap poyo dia melampau."Aku rindu kau?Please..You’re not my type.Kau nak ape?""Muka aku yang macam David Beckham ni memang tak sesuai dengan ko.Haha.Aku sebenarnya nak ajak kau temankan aku pergi book store petang nanti.boleh tak comel?"Alamak!Dia panggil aku comel?Aku tak salah dengar rasanya.Najwa,jangan perasan.Dia saja nak bodek la tu."Eleh bodek la tu.Yela aku temankan.Kau patut beruntung dapat kawan yang baik dan cumil macam aku ni tau""Cumil ke?"Dia bertanya dan terus berlalu meninggalkan aku dengan perasaan sakit hati mendengar gelak dia walaupun dia sudah 40 batu jauh dari aku.Menyampah betol.Kalau tahu macam ni aku x hingin nak terima permintaan dia tadi.Nasib baiklah hati ni memang suka sangat kalau boleh tengok muka seposen dia tu 25 jam sehari.Walaupun kami sering bertelingkah tapi kami sahabat yang baik.Kami membantu satu sama lain ketika dalam kesusahan.Kata Nazeem,itulah gunanya kawan.Berkawan ketika susah dan juga senang.Setelah 2 tahun berkawan dengannya,aku sudah kenal benar perangainya.Aku juga tahu hati budinya.Kekadang terdetik juga perasaan untuk menjadi lebih dari kawan tetapi cepat-cepat aku buang perasaan itu.Aku tidak mahu perasaan aku yang remeh tu merosakkan persahabatan kami.Namun,aku hanya mampu merancang.Tuhan yang menentukan segalanya.Suatu peristiwa telah berlaku dan menyebabkan aku tidak mampu untuk menolak perasaan aku terhadapnya lagi.Sesungguhnya aku amat menyayangi Nazeem."Awa,jom pergi kantin.Aku hungry la."Hanya Nazeem seorang yang panggil aku dengan nama tu.Katanya nama tu cute.Aku hanya mengangguk dan mengekori Nazeem untuk ke kantin.Sedang dalam perjalanan ke sana,kami terserempak dengan Amy.Gadis yang aku tau sudah lama menyimpan perasaan terhadap Nazeem."Zeem,temankan Amy makan boleh?."Amy berkata sambil menarik tangan Nazeem.Dengan perasaan tidak bersalah Nazeem berjalan bergandingan dengannya manakala aku ditinggalkan terkapai-kapai.Api cemburu aku rasa naik sampai ke kepala.Mahu saja aku sepak perempuan yang tak tahu malu tu dan juga Nazeem sekali.Sampai hati dia tinggalkan aku terkebil-kebil kat situ."Awa,kau tak nak ikut ke?."Tiba-tiba Nazeem berpaling.Mungkin dia menyedari ketiadaan aku di sebelahnya"Ha?Erm..It’s okay lah..You both go on.Aku dah kenyang"Aku menolak.Rasanya aku tidak sanggup untuk melihat pujaan hati aku dengan orang lain.Seharian aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerana sakit hati yang masih terasa.Seharian itu juga aku memikirkan tentang perasaanku dan apa yang perlu aku lakukan.Aku tidak sanggup untuk melihat dia dengan perempuan lain tetapi aku juga tidak mahu persahabatan kami musnah.Akhirnya aku membuat keputusan untuk memzahirkan perasaan aku kepadanya.Tidak sanggup lagi untuk memendam perasaan cinta yang semakin hari semakin menular ni.Cinta memerlukan pengorbanan dan cinta juga memerlukan kita untuk menjadi seorang yang berani mengambil risiko.Esoknya,aku kuatkan semangatku untuk berhadapan dengan Nazeem dan meluahkan segalanya."Nazeem,boleh saya cakap sikit?."Eh macam mana boleh terkeluar ‘awak saya’ pulak ni?nervous sangat kot aku ni.Ah lantaklah.Mesti dia blur."Ha??Erm..apa dia?"Dah agak da.Comelnya muka blur dia.Eh..eh..serius."Ehem..actually,I have a crush on you.My love for you not just a normal one.It’s a love to someone special.I had noticed this months ago but I am afraid to tell you about how I fell towards you.I am afraid if this simple thing will ruin our friendship.So I think it is better for me to keep my mouth shut and let this love go away,but still,this crazy love feeling make me think twice and today I want to make a confession…I love you,Nazeem."Fuhh.Lega.Akhirnya dapat juga aku meluahkan dialog yang aku dah practise depan cermin semalam.Sekarang nak buat ape?Nak tunggu dia bagi jawapan ke nak blah?Kalau dia reject aku macam mana?"whoa..i’m so impress..thanks but no thanks.I’m not ready for any comitment now.Sorry"Aku hanya mampu melihat kaki macho lelaki pujaan aku pergi meninggalkan aku.Aku sedar aku tidak sempurna tapi bukan begini penolakan yang patut aku terima.Sejak hari itu,si dia mula menjauhi aku.Aku sudah tau risiko yang bakal aku terima dulu,jadi sekarang aku harus menerimanya dengan hati terbuka.Sehinggalah kami tamat sekolah menengah aku dan dia tidak bertegur sapa dan apabila aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang accountancy di Australia,aku tinggalkan Malaysia tanpa khabar dari dia.April 2009``Attention to all passengers..we’ll be leaving for Kuala Lumpur International Airport (KLIA),Malaysia so please tighten your sitbelt,thank you’’Aik macam kenal je suara tu..emm tak kesah la..nak tidur,penat berparti perpisahan dengan kawan-kawan semalam tak hilang lagi.Selamat tinggal Australia..Malaysia,here I come!Dalam masa beberapa jam lagi aku akan jejakkan kaki aku ke tanah air tumpah darah ku setelah bertahun aku merantau mencari ilmu."opss…sorry miss..im in hurry"‘ouchh..sape pulak ni main hentam orang…x sopan betol..rosak mood’"Najwa?"‘Uik..hebat mamat ni..mana dia tau nama aku?’"yee saya. . . ." OMG..dia!Gosh..i need to get away from here.Now !!Nazeem..lama x jumpa..kau semakin menarik..tapi sayang kau menolak cintaku.Najwa..kau semakin cantik..maafkan aku pernah menyakitimu dulu..aku terpaksa..tapi sekarang tidak lagi.. :p"wait..tunggu!najwa..i love u too!!"Dup..dap..dup..dap..betul ke ape yang aku dengar ni?aku tak daydreaming kn?he said he love me too?"huh..you love me too?after 9 years?are you insane?sorry...i have to go?""yes..i love you..since the first time I caught your eyes..yes..i do love you too when u say u love me..yes..i still in love with you after 9 years waiting for you"Aku terkedu…ke saje nak mengayat aku nih..well aku tau aku semakin cantik sekarang..ceewah..ape nk buat ni?ok relax .."Whatever..sorry..i have to go"…’kejar aku please kejar…kalau betul kau cinta kau kejar aku sekarang Nazeem !’10…9…8…7…6…5…4…3…2…"Najwa..dulu tu aku terpaksa..aku tak mau kau kecewa..parents aku kena pindah..aku x sampai hati nak bagitahu kau..aku x nak tengok kau sedih..Bila aku balik ke Malaysia 3 tahun lepas..aku cari kau..tapi kau x ada..maafkan aku..aku sayang ko"Kompang dipalu..pengantin baruDuduk bersanding..tersipu malu..Dengan sekali akad…dengan rasminya aku telah menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang sangat2 aku cinta.Thanks abang sebab sudi tunggu."sayang menungkan apa tu?"teguran suamiku mematikan lamunanku..kacau betul mamat ni..tak leh tgk orang senang.."xde ape..abang..will you love me tomorrow?""forever and ever sayang"

No comments: